Manusia Cerdik

Jumaat, 20 Julai 2012

:: Ramadhan Al-Mubarak ::

....As salam...

Selamat Berpuasa kepada seluruh umat islam... Semoga ramadhan tahun nie memberi seribu satu makna  kepada kita semua. Ramadhan sentiasa dinanti-nantikan akan kehadirannya, bulan yang penuh nikmat, keberkatan, & mendapat pahala yang berganda-ganda. Alhamdulillah...



      Jom hayati makna Puasa especially untuk diri sendiri.


                    Pengertian puasa mengikut istilah hukum Syara' pula adalah:
     
" Menahan diri daripada perkara-perkar yang tertentu oleh orang-orang yang          tertentu pada waktu-waktu yang tertentu dengan beberapa syarat. "
  
          Maksud perkara-perkara tertentu adalah: makan, minum dan melakukan hubungan   jenis(jimak) serta  perkara-perkara yang membatalkan puasa.
                    Lafaz niat puasa bulan Ramadhan:
                  نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ أَنْ أَدَاءِ فَرْضِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ لِلَّهِ تَعَالَى

                   Sahaja aku puasa esok hari pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.


                 Lafaz niat puasa Ramadhan sepenuhnya (sebulan):
              نَوَيْتُ صَوْمَ شَهْرِ رَمَضَانَ كِلِّهِ لِلَّهِ تَعَالَى

                  Sahaja aku puasa untuk sebulan pada bulan Ramadhan kerana Allah Taala.



             Kelebihan Ramadhan

              Bulan Ramadhan mempunyai banyak kelebihan antaranya;

             1. Bulan diturunkan Al-Quran
         Maksudnya: Bulan Ramadhan padanya diturunkan al-Quran yang mempunyai keterangan-keterangan yang nyata sebagai petunjuk kepada manusia


             2. Bulan penuh berkat
            Bulan Ramadhan merupakan satu bulan yang disebut sebagai bulan mulanya      rahmat, ditengahnya pengampunanNya dan akhirnya merdeka daripada api neraka.
      "Maksudnya: Dari Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, apabila bulan     Ramadhan telah datang maka dibukalah pintu-pintu syurga, dihapuslah pintu-pintu neraka dan di ikatlah semua syaitan.

              

               3. Bulan Penghapusan dosa
Maksudnya: Rasulullah s.a.w bersabda, sesiapa berpuasa Ramadhan dan berjaga malamnya dengan penuh kepercayaan dan ketelusan ikhlasnya nescaya diampunkan dosanya yang telah lalu. .

        4. Bulan diturunkan Lailatul Qadar
Maksudnya: Sesungguhnya kami telah menurunkan (Al-Quran ) ini pada malam Lailatul Qadar. Dan tahukah kamu apa dia Lailatul Qadar itu. Lailatul Qadar itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu diturunkan malaikat dan Jibril dengan izin tuhan mereka untuk mengutus segala urusan. Sejahteralah(malam) sehingga terbit fajar. 





Hikmah Puasa

Puasa mempunyai pelbagai hikmah antaranya:

1. Menandakan kesyukuran kepada Allah
2. Melatih diri dengan sifat-sifat mahmudah(terpuji seperti sabar, tabah, amanah dan sebagainya.
3. Melatih sikap tolong-menolong di antara satu sama lain
4. Meningkatkan kesihatan diri.
5. Mendapat dua kegembiraan iaitu ketika berbuka(hari raya) dan ketika berjumpa dengan tuhannya pada hari kiamat.
6. Menjauhkan dari sifat-sifat Mazmumah(keji) sepert tamak, sombong hasad dengki dan sebagainya.

(thank en.google atas segala info,, just nak share untuk peringatan  diri sendiri)


That all for today,, sharing is caring, caring is loving......... selamat berpuasa... segala kebaikan datangnya dari allah,, segala keburukan datang dari diri kita sendiri..

ya allah semoga puasa tahun nie,, penuh berkat n pahala berganda dari mu... semoga perkara yang baik-baik je berlaku sepanjang bulan berkat nie.. amin


....tata titi tutu...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan